Antara Kurnia, Larangan & Amanah

Namun, ini tidak bermakna semua bentuk “ghaib” ditutup terus daripada pengetahuan manusia biasa. Dalam banyak ayat dan hadis, Allah membuka ruang untuk manusia merasai atau melihat sebahagian kecil dari alam ghaib — dengan syarat:

  • Bukan melalui wahyu, tetapi ilham, firasat, kasyaf, atau mimpi yang benar
  • Bukan untuk dijadikan hujah agama, tetapi sebagai tanda rahmat, peringatan, atau ujian

Ada orang berkata:

“Manusia tak boleh nampak jin.”
“Kalau ada yang kata dia boleh lihat, itu pasti menipu.”
“Islam tak ajar benda macam ni.”

Lalu mereka membentak tanpa bertanya, menuduh tanpa menyelidik, dan menolak segala perkara ghaib seolah-olah mata mereka mewakili seluruh ciptaan Tuhan.

Tapi al-Qur’an lebih adil dari mulut manusia.

Benar, wahyu sudah terhenti!!! Tiada lagi Rasul untuk membawa berita ghaib dari langit. Namun Allah itu tidak pernah mati. Dia masih hidup, masih memberi ilham, masih membuka hijab hati bagi mereka yang jujur mencari-Nya. Kasyaf bukan wahyu. Ia tidak membawa hukum. Tapi ia membawa rasa — bahawa Tuhan masih dekat.

Kalau Tak Wujud, Kenapa Dilarang?

Perhatikan ayat ini.

Allah melarang manusia meminta bantuan jin.

Jika tidak wujud komunikasi antara manusia dan jin, kenapa Allah perlu melarang?
Adakah Tuhan melarang sesuatu yang mustahil berlaku?

Tidak.

Larangan hanya terjadi apabila sesuatu boleh berlaku tetapi tidak patut dilakukan.

Maka jelas — wujudnya manusia yang mampu melihat, berinteraksi, bahkan meminta bantuan jin.

Persoalannya: bukan boleh atau tidak, tetapi halal atau tidak.

Bukti dari Ulama

Ramai kekasih Allah dalam sejarah umat ini — dari para sufi, tabi’in, hingga ke ulama besar — mengalami apa yang disebut sebagai “kasyaf”, iaitu terbukanya hijab hati untuk melihat apa yang tidak dilihat orang biasa.

3 JENIS KASAF 

  1. Penyingkapan ilmu batin, pemahaman dari sisi Allah (ilmu ladunni)

Contoh Qur’an: Surah Al-Kahf 18:65

وَعَلَّمْنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

Dan Kami ajarkan dia dari sisi Kami suatu ilmu”

2. Kasyaf Suwari atau Basari (كشف صوري / بصري)

Contoh Qur’an: Surah Qaf 50:22

فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلْيَوْمَ حَدِيدٌۭ

“Kami singkap daripadamu tutupanmu, maka penglihatanmu hari ini tajam.”


3. Kasyaf Sirri (كشف سري)

Contoh Qur’an – implisit: Surah An-Nur 24:35

Allah — cahaya langit dan bumi.

Perumpamaan cahaya-Nya — seperti ceruk (lubang dinding) yang padanya ada pelita.

Pelita itu dalam kaca.

Kaca itu seakan-akan bintang bercahaya (yang) bersinar.

Dinyalakan dari pohon diberkati — (iaitu) zaitun — tidak dari timur dan tidak dari barat.

Hampir-hampir minyaknya menyala, walau tidak menyentuhnya api.

Cahaya atas cahaya.

Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki.

Dan Allah mengemukakan perumpamaan-perumpamaan untuk manusia.

Dan Allah terhadap tiap sesuatu — Maha Mengetahui.

Surah Asy-Syu’ara’ 26:192–195

Dan sesungguhnya ia — benar-benar turunan (wahyu) Tuhan semesta alam.

Telah turun dengannya — Ruh Yang Amanah.

Ke atas hati engkau — supaya engkau menjadi dari kalangan yang memberi peringatan.

Dengan lidah Arab yang jelas.


Membezakan Kasyaf & Tipu Daya

Memang benar — ada yang berpura-pura, ada juga yang ditipu jin yang menyamar wali.

Tapi itu bukan alasan untuk menolak seluruh kebenaran.

Adakah kerana ada yang meniru duit, kita anggap semua wang palsu?

Tidak.

Begitu juga dengan kasyaf dan mata batin.

Ada yang palsu. Tapi ada juga yang benar — dan yang benar itu biasanya diam, tidak menunjuk, dan membawa manusia semakin takut kepada Allah, bukan taksub kepada ghaib.

Kesilapan Segelintir Ustaz & Penuduh

Apabila ada orang berkata:

Kita tanya perlahan:

Adakah Rasulullah ﷺ berdusta?

Adakah al-Qur’an tidak sah?

Sudah tentu tidak.

Yang berdusta — ialah mereka yang menyekat rahmat Allah dalam ruang kecil akalnya.

Yang sesat — ialah mereka yang menyangka semua yang mereka tidak faham itu pasti salah.

Kasyaf Itu Bukan Hebat, Tapi Amanah

Kasyaf dan mata batin bukan alat menunjuk, bukan tiket keramat.

Ia adalah beban yang berat.

Hanya hati yang dibersihkan dengan taubat dan zikir mampu menanggungnya.

Jika kamu pernah terasa melihat sesuatu…

Jika hatimu terasa akan berlaku sesuatu…

Jika mimpimu menjadi kenyataan, atau zikirmu menggetarkan jiwamu…

Jangan angkuh. Tapi jangan takut.

Kerana mungkin, Allah sedang membuka sedikit hijabmu.




Artikel ini tidak menggalakkan taksub terhadap alam ghaib. Ia sekadar membincangkan realiti kasyaf sebagai pengalaman rohani yang tidak boleh dijadikan hujah syariat, namun tetap wujud dalam pengalaman sesetengah hamba Allah.