KedaiPengisianPendinding Diri Dari Ghaib & Nyata
Pengisian

Pendinding Diri Dari Ghaib & Nyata

RM450.00
RM350.00

Pendinding Diri dari Perkara Halus dan Zahir

🔧 Perkhidmatan

Penerangan Produk

Kelebihannya adalah:

  1. Perisai— menjadi \"perisai\" bagi mereka yang merasakan ada ancaman tidak kelihatan, sama ada ketika tidur, di dalam rumah, atau daripada niat jahat orang lain.
  2. Terkawal— apabila berlaku perkara sukar dijelaskan seperti perniagaan merosot, rumah tangga bergolak atau musibah berturut-turut, pendinding menjadi usaha mendapatkan semula kawalan terhadap hidup.
  3. Keberanian— terutama bagi yang tinggal seorang, bekerja waktu malam, sering masuk hutan atau menjaga kawasan sunyi. Ia berfungsi sebagai penenang emosi.
  4. Tenaga Negetif— dipercayai menguatkan diri, mengelak tenaga negatif dan menghalang pengaruh buruk daripada orang lain.
  5. Perlindungan ketika berdepan orang ramai — sesuai bagi pengamal rawatan, pemimpin masyarakat, ahli politik, selebriti dan usahawan yang berinteraksi dengan ramai orang setiap hari, daripada kesan dengki, iri hati dan doa yang tidak baik.
  6. Perlindungan semasa merawat — bagi pengamal, ia langkah berjaga-jaga supaya gangguan pesakit tidak beralih kepada diri atau keluarga sendiri. Bukan untuk menunjuk kehebatan.
  7. Menjaga keluarga — bagi anak yang mudah menangis waktu malam, bayi sering terkejut, rumah tidak tenteram atau pasangan sering mimpi buruk.
  8. Melindungi harta benda — rumah, kebun, ternakan, kedai dan pejabat yang menjadi sumber rezeki daripada gangguan atau perbuatan khianat.
  9. Persediaan ke lokasi \"keras\" — sebelum memasuki hutan tebal, gunung, gua, pulau, tanah perkuburan atau bangunan lama yang dikaitkan dengan kewujudan makhluk halus.
  10. Ketenangan — bagi mereka yang pernah mengalami gangguan tidur, terlihat bayangan, mendengar suara tanpa punca atau rasa diperhatikan.
  11. Psikologi — memberi keyakinan berdepan situasi mencabar, mengurangkan kebimbangan terhadap perkara tidak pasti, dan menjadi simbol bahawa seseorang telah mengambil langkah untuk melindungi diri.
  12. Bermusafir — memandu jauh malam, kerja luar kawasan, menginap di hotel atau rumah orang. Ramai percaya waktu berada di tempat asing adalah waktu paling terdedah.
  13. Untuk anak yang jauh dari mata — anak di asrama, universiti atau bekerja di bandar lain. Ibu bapa tidak boleh mengawasi 24 jam, jadi pendinding menjadi \"pengganti mata\" yang menenangkan hati.
  14. Ketika badan lemah dan semangat turun — dalam kepercayaan tradisional, waktu seseorang letih, sedih atau baru pulih adalah waktu diri paling mudah \"dimasuki\". Pendinding dianggap penampan pada waktu genting ini.
  15. Rumah baru, tanah baru — sebelum berpindah masuk atau membuka tanah. Ini antara sebab paling kerap orang mencari pendinding, kerana mereka tidak tahu sejarah tempat itu sebelum ini.
  16. Majlis besar — kenduri kahwin, pertunangan, majlis perasmian. Dalam masyarakat kita, majlis besar dipercayai mudah menarik perhatian orang yang tidak suka melihat kita bahagia.
  17. Ibu mengandung dan bayi baru lahir — golongan yang paling dijaga dalam adat Melayu. Bagi ramai keluarga, ini bukan pilihan tetapi kemestian.
  18. Kos berjaga-jaga jauh lebih ringan daripada kos rawatan — orang yang datang sebelum ada masalah selalunya selesai lebih cepat, lebih murah dan lebih senang. Yang datang selepas terkena, prosesnya panjang.
  19. Orang yang di sayangi— ramai lelaki tidak kisah tentang diri mereka, tetapi tidak sanggup melihat isteri dan anak terganggu.
  20. Tidak menghalang usaha lain — ia tidak menggantikan usaha zahir, rawatan perubatan, atau ikhtiar biasa. Ia melengkapkan, bukan menggantikan. Kerna penyakit sekarang bercampur dengan ghaib.

21. Keharmonian Diri — sekali diuruskan dengan betul, ia menjadi sesuatu yang tidak perlu difikirkan setiap hari. Nilai sebenarnya ialah tidak perlu risau lagi.

 

 

 

Troli Anda

Memuatkan...