Ikhtiar Pelaris Perniagaan — Dengan Air Bacaan Yang Ditiup Hikmah
“Kadang bukan salah usaha… tapi ada yang menghalang rezeki itu sampai.”
Ada waktu dalam hidup… perniagaan yang dulunya lancar, tiba-tiba menjadi sepi.
- Kedai masih dibuka — tapi orang tak nampak.
- Makanan cepat basi, padahal baru masak.
- Pelanggan datang, tapi hati mereka gelisah.
- Pekerja sering bergaduh, tarik muka…
- Badan asyik sakit. Jiwa berat.
- Perniagaan terasa ‘sunyi’, seolah ada yang menutup jalan.
Dan lebih pelik… bila mula ternampak duit syiling di penjuru kedai, atau bau aneh yang datang tanpa sebab.
Ikhtiar Melalui Air

Kami menyediakan air pelaris yang dibacakan dari dekat atau dari jarak jauh — bergantung pada keperluan dan situasi anda.
Air ini bukan air kosong biasa. Ia dibacakan dengan:
- Ayat-ayat pembuka rezeki, pelindung dan pemusnah sihir.
- Zikir-zikir hikmah yang membuka aliran rezeki.
- Semua dengan iziNya
Cara Guna Ikhtiar Ini:
✅ Sembur di permis perniagaan – Pintu, rak barang, ruang niaga.
✅ Sapu atau renjis pada barang jualan – Supaya ‘laku’ dan bercahaya.
✅ Titiskan pada diri sendiri – Jika berniaga dari rumah atau secara online.
✅ Renjis pada tempat kerja atau pejabat – Untuk keharmonian antara pekerja & majikan.
✅ Gunakan ketika pembukaan kedai, masuk rumah baru, atau selepas solat hajat.
Siapa Yang Sesuai Guna?
- Perniagaan yang tiba-tiba jatuh tanpa sebab logik.
- Kedai terasa berat, muram atau pelanggan jarang masuk.
- Premis yang pernah ‘ditegur’ secara ghaib atau fizikal.
- Bisnes baru nak mula, nak mulakan dengan aura bersih.
- Perniagaan sendiri tanpa kedai atau permis.
- Perniagaan Online.
“Air itu lembut, tetapi ia membawa kekuatan jika disatukan dengan doa yang benar.”
Kami hanya menjadi perantara ikhtiar — yang menyampaikan bacaan, bukan menjanjikan hasil. Hasil itu dari Allah, usaha itu dari kita.
Kalau engkau terasa bisnes semakin hilang arah, cubalah berhenti sejenak… mungkin sudah tiba masa untuk bersihkan kembali tapak rezekimu — bukan hanya dengan sabun, tetapi dengan doa yang bersih dan ikhlas.