🌿 Sesi Terapi Fizikal di Pusat Terapi Kami

“Rawatan hanyalah wasilah. Penyembuhan datang dari Allah SWT.”

Kami menyediakan terapi secara bersemuka di pusat terapi untuk anda yang ingin menjalani sesi secara fizikal, dengan suasana lebih tenang, fokus dan beradab.

Bayaran Tempahan (Booking Fee) — Wajib

Untuk memastikan masa dan slot disusun dengan adil, semua pelanggan wajib membuat bayaran tempahan (booking fee) sebelum slot rawatan disahkan.


  • Semua pelanggan yang ingin membuat tempahan rawatan fizikal WAJIB membuat bayaran tempahan (booking fee) terlebih dahulu.
  • Tempahan hanya akan disahkan selepas bayaran tempahan diterima.
  • Booking fee ini berfungsi sebagai komitmen pelanggan, dan sebagai langkah untuk mengelakkan tempahan kosong atau tidak hadir tanpa sebab.
  • Booking fee ini akan ditolak daripada jumlah keseluruhan bayaran rawatan yang akan ditentukan mengikut jenis rawatan semasa perbincangan.
  • Pelanggan juga boleh membuat bayaran penuh lebih awal sekiranya mahu melancarkan proses rawatan.

Polisi Pembatalan Tempahan

  • Sekiranya pelanggan gagal hadir pada tarikh & masa yang telah ditempah tanpa sebarang makluman sekurang-kurangnya 48 jam lebih awal, bayaran tempahan dianggap hangus.
  • Sekiranya pelanggan memaklumkan pembatalan awal (lebih 48 jam sebelum sesi), bayaran tempahan boleh dipindahkan ke tarikh lain (tidak dipulangkan secara tunai).

Tempoh Masa Rawatan

  • Setiap sesi rawatan mempunyai tempoh masa yang telah ditetapkan.
  • Sekiranya memerlukan tambahan masa, caj tambahan akan dikenakan mengikut kadar semasa.

📝 Aliran Tempahan Ringkas:

1️⃣ Pelanggan berbincang jenis terapi & kes

2️⃣ Kos terapi akan dimaklumkan dari perawat

3️⃣ Booking fee wajib dibayar untuk sahkan slot

4️⃣ Hadir ke pusat → bayar baki sebelum terapi bermula


📌 Kenapa Bayaran Tempahan Wajib?

  • Mengelakkan tempahan kosong (tidak hadir)
  • Memastikan pelanggan benar-benar serius & beradab dalam berikhtiar
  • Memudahkan penyusunan masa, tenaga dan jadual terapi