Nextcloud Talk

Tujuan Nextcloud Talk

Tujuan sistem chat ini dibangunkan adalah untuk menjaga privasi perbualan daripada dipantau atau dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hari ini, ramai tak sedar bahawa perbualan harian mereka di aplikasi popular seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan lain-lain boleh digunakan untuk tujuan pemasaran, pemprofilan, malah dijual kepada pihak ketiga. Bayangkan, perbualan peribadi anda dengan keluarga atau rakan – yang sepatutnya sulit – sebenarnya boleh dibaca dan dianalisis oleh orang yang anda tak kenal.

Contoh mudah: Di WhatsApp anda ajak kawan pergi camping di satu tempat. Tak lama lepas itu, tiba-tiba keluar iklan peralatan camping di Facebook atau Instagram. Itu bukan kebetulan. Itu tanda mesej dan minat anda sedang dipantau dan digunakan.

Ramai manusia tak tahu, ramai juga yang belum sedar. Bagi yang sudah sedar, itu satu kelebihan.

Atas kesedaran inilah Jejak Panglima menghasilkan sistem chat ini –

🌐 Untuk rakan-rakan yang mahu berhubung dalam suasana lebih privasi dan sulit

🛡️ Untuk mereka yang peka tentang isu data dan kebebasan peribadi

Sistem ini disediakan secara percuma, khusus untuk mereka yang benar-benar menghargai privasi dan mahu keluar daripada kebergantungan penuh kepada platform gergasi yang mengawal hampir semua data komunikasi kita.. Jika anda pengguna Netflix, cuba tonton The Social Dilemma.

Bagaimana Nak Guna?

  1. Download & Install Nextcloud Talk
    link download Apple
    link download android
  2. Register menggunakan email sahaja. kalau ada email selain gmail lagi bagus.
  3. Kemudian boleh login di App Nextcloud Talk
  4. Host : https://www.gunungjerai.com