Program Pertapaan

Program Pertapaan ialah sebuah latihan jati diri yang dijalankan secara individu bagi tujuan pengukuhan dalaman. Program ini tidak mengenakan sebarang bayaran dan dilakukan atas dasar keikhlasan.

Bagaimana menyertai?

1. Sesi Bertemu di Selangor
Anda perlu berjumpa saya terlebih dahulu. Bukan untuk terus bertapa, tetapi sebagai sesi perkenalan dan mengeratkan silaturahim.

Sila bawa 7 biji limau nipis dan songkok.

2. Penetapan Lokasi & Tarikh
Selepas pertemuan, saya akan memaklumkan lokasi serta tarikh yang sesuai untuk anda menjalani pertapaan.

3. Bentuk Program
Pertapaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan kecil (maksimum 3 orang) di kawasan yang akan diberitahu kemudian.

Gambaran Ringkas Program

Program ini bukan bertujuan mencari makhluk halus, tetapi untuk membangkitkan keberanian, ketenangan, dan penyerahan diri kepada Allah.

Tiada unsur mistik, jin, atau amalan khurafat.

Ia lebih kepada pengalaman sebenar yang meluaskan horizon pemikiran—ilmu dan latihan yang sangat berguna untuk kehidupan harian.

Jika anda berminat, sila isi borang di bawah.