JP CHAT

JP CHAT β€” berhubung secara peribadi
JP CHAT

Berhubung dengan kami,
secara peribadi.

Tidak perlu memasang aplikasi. Tidak terikat pada satu peranti. Berhubung apabila anda memerlukannya.

Mula Chat Sekarang β†’
Tanpa aplikasiMana-mana perantiMengutamakan privasi
JPJejak Panglimadalam talian Salam, ada apa yangboleh kami bantu? Saya nak tanya pasalrawatan, secara peribadi. Boleh. Ruang ini hanyauntuk anda. πŸ”’ Terima kasih πŸ™ Tulis mesej…
🌐 Guna browser sahaja
πŸ”’ Ruang peribadi
Kenapa JP CHAT?

Privasi adalah hak setiap individu.

Tidak semua orang mempunyai kebebasan untuk mendapatkan rawatan atau berhubung secara peribadi.

β€” Itulah sebab JP CHAT wujud

Ada yang telefon bimbit mereka dipantau, malah aktiviti komunikasi turut diperhatikan oleh pihak ketiga. Keadaan ini boleh menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan atau berkongsi masalah secara bebas.

Berdasarkan pengalaman kami, ada individu yang sanggup membeli telefon baharu dan mendapatkan nombor telefon baharu semata-mata untuk mengadu masalah, mendapatkan khidmat bantuan atau berhubung dengan kami. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai ruang komunikasi yang dirasakan cukup peribadi.

Kami percaya, seseorang tidak sepatutnya perlu mengeluarkan wang tambahan atau membeli peranti baharu hanya kerana ingin mendapatkan bantuan dan berkongsi masalah.

Aplikasi popular seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan Gmail mungkin bukan pilihan yang sesuai bagi mereka yang memerlukan ruang komunikasi lebih peribadi, terutamanya apabila peranti atau akaun mereka turut dipantau.

Di sinilah JP CHAT menjadi pilihan.

Mudah & fleksibel

Tanpa aplikasi. Tanpa terikat.

JP CHAT direka untuk memudahkan komunikasi tanpa perlu memasang sebarang aplikasi.

Guna browser sahaja

Google Chrome, Safari atau mana-mana browser pilihan anda. Tiada apa perlu dipasang.

Telefon, tablet, komputer

Anda tidak terikat kepada satu peranti. Akses bila-bila masa melalui mana-mana peranti yang ada sambungan internet.

Ruang yang peribadi

Dibina supaya anda boleh berbual dengan lebih selesa dan bebas.

Panduan

Bagaimana cara menggunakannya?

Lima langkah mudah.

  1. Buka pautan JP CHAT melalui browser.
  2. Log masuk untuk memulakan sesi perbualan.
  3. Berhubung seperti biasa tanpa perlu memasang aplikasi.
  4. Setelah selesai, log keluar dan tutup halaman perbualan.
  5. Apabila ingin berhubung semula, buka pautan login melalui mana-mana peranti dan sambung sesi perbualan.

JP CHAT

Komunikasi lebih mudah, fleksibel dan mengutamakan privasi anda.

Mula / Log Masuk Chat β†’